RSS Feed

Dialah Di Hati

Selamat Datang

Selamat Datang ke CT15 - 15 Tahun Pertama... laman penghargaan khas untuk ulang tahun ke 15 karier Dato' Siti Nurhaliza dari SitiClix.

Monday, March 22, 2010

Tibanya laman ini...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

24 Mac 2010 menjadi saksi hari ini laman ini hadir di sini. Saja saya menggunakan pendekatan "blog" untuk laman ini, saja mencari kelainan barangkali agar anda yang sudi singgah di sini, InsyaAllah boleh berpuas hati. Laman ini tanda penghargaan tertinggi, ikhlas dari HATI buat Dato' Siti, yang telah "menemani" hari-hari saya selama ini dan hati sentiasa berbunga riang dengan lantunan suara-suaramu.

Sewaktu artikel ini ditulis (22 Mac 2010), saya penat mengerah idea bagaimana mencorak laman ini agar ianya mempunyai keistimewaan tersendiri. Harap anda semua berpuas hati dan menghargai kehadiran laman ini, selepas anda menghargai SitiClix, SitiClix Music, SitiClix Blog dan SitiClix Forum. Begitulah harapan saya. Dan di sini saya ingin meluahkan rasa terima kasih yang tak terhingga di atas sokongan anda semua selama ini. Terima kasih sekali lagi ikhlas dari hati.

Tanda aras tidak pernah bermain difikiran, Populariti tidak pernah dicari apatah lagi terlintas untuk mencapai hits yang tertinggi. Saya sanjung dengan kesanggupan webmaster2 yang lain atas pengorbanan mereka yang turut mewarnakan perjalanan karier Dato' Siti, dengan menhasilkan laman2 yang indah kerana saya akui bukan senang untuk "bernafas" bagi menghidupkan laman2 ini.

Sehingga bertemu di SitiClix, juga di Calmille, HDSN, CTFM dan Sitizone.com. Mari kita meraikan insan yang paling istimewa dalam hidup kita, kaulah pujaanku Dato' Siti Nurhaliza.